Saturday, May 26, 2012

PAS- ALAT DAP MUSNAHKAN MELAYU ISLAM.


Dap yang berideologikan komunis sedaya upaya menggunakan Pas yang dilihat sebagai wakil orang Melayu bagi memecahbelahkan Melayu dengan harapan Dap tidak perlu bersusah payah untuk mengusir Melayu kerana Melayu sendiri menjadi barua tunggangan Dap.

Pas yang terang-terangan menyokong perjuangan politik bersama DAP telah membuka laluan besar Cina Dap untuk merampas apa yang dimiliki oleh orang Melayau. Sudah terang lagi bersuluh dimana Karpal Singh telah memberi kenyataan yang keras kepada Pas jika mahukan menubuhkan negara Islam ‘langkah Mayatnya dahulu’.

Adakah perubahan pucuk pimpinan Pas yang meletakkan kesemua calon liberal yang boleh ditunggang oleh Dap adalah satu bentuk terancang?? Dan perubahan dasar perjuangan Pas dari perjuangan Islam kepada berkebajikan adalah sesuatu yang dimahukan Dap atas dasar perjuangan saksama?? Maka ini perlulah dinilai oleh kita sendiri.

Ayuh bersatu menentang kezaliman Dap kepada orang Melayu dan menentang Pas kerana menjadi penghianat paling besar dalam sejarah Melayu dan Islam Malaysia .
JIHAD menentang Pas dan Dap adalah wajib bagi Umat Melayu Islam!!!

Friday, May 25, 2012

PAS - HUDUD PAS SEKADAR JANJI PILIHANRAYA

Walau pun terasa pahit untuk ditelan tetapi inilah hakikat bahawa politik Pas menggunakan Hudud ketika hampir Pilihanraya sahaja.

Imbasan kembali semasa PRU-10 tahun 1999 untuk menang Hj Hadi dalam kempen Pilihanraya pernah berkata “ Insyallah kalau rakyat beri mandat kita memerintah, kalau Terengganu dapat kita kuasai pada pilihanraya esok ini maka “ TAK DAN AYAM HABIS BERKOKOK KITA AKAN LAKSANAKAN HUDUD “ beliau berkata tanpa melihat dari segi kemampuan Pas sendiri.

Akhirnya Allah swt... kurniakan kemenangan kepada Pas dan dalam masa dua tahun Pas memerintah, Pas masih lagi tak mampu laksanakan hudud di Terengganu hinggakan rakyat gelisah dan bertanya bila Tok Guru nak laksanakan hukum hudud? Lantas Hj Hadi terpaksa menjawap hudud terpaksa melalui proses masa yang panjang.

Eh..macamana hari tu cakap masa nak pilihanraya “ TAK DAN AYAM HABIS BERKOKOK KITA AKAN LAKSANAKAN HUDUD?? “ dan sekarang dah masuk 2 tahun dah kita bagi peluang memerintah takkan nak ambik masa yang panjang.

Hj Hadi menjawap lagi “ YANG KITA SIBUK-SIBUK SANGAT PASAL HUDUD NI PASAL APA? HUDUD HANYA SEBAHAGIAN KECIL DARI HUKUM ISLAM IAITU 0.0001 DARI HUKUM ISLAM “

SEKARANG SIAPA YANG MENJUAL AGAMA, MEMPERSENDA AGAMA DAN QIAS AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK ????


PAS dulu lahir untuk meluruskan perjalanan dalam pemerintahan agar Islam tegak berdiri.........
 
Namun PAS hari ini berdiri dengan penuh nafsu dan terlalu kemaruk untuk menjadi pemerintah sehingga sanggup membuka segala yang sememangnya wajib dipertahankan sebagai umat Islam...
 
HUDUD sekadar menjadi umpanan...
 
Sungguh malang bagi umat Islam di Malaysia kerana ada golongan yang terlalu mudah diumpan dengan umpanan HUKUM HUDUD PAS yang penuh KEPALSUAN....
 
HUDUD kononnya dikejar.. Namun mereka masih menyokong pada yang MEMURTADKAN... Mereka masih menyokong LGBT... Itulah tanda2 kerakusan nafsu ingin menjadi PEMERINTAH...


Semoga Allah swt memberi taufik dan hidayah kepada seluruh umat islam dengan menilai siapakan Pas sebenarnya.....

Thursday, May 24, 2012

PAS- PARTI ASSOBIYAH !

'Mencintai bangsa dan negara adalah separuh daripada iman.
Nabi kita pun mencintai bangsa Quraisy dan Negara Arab...'

- Ust Kamal Saidin..

 

Pas sebenarnya adalah parti assobiyah, samalah kita dengar huraian yang telah diberikan oleh Ustaz Kamal Saidin.

Pas terlalu banyak memutar belitkan Al-Quran dan Hadis bagi mengelirukan umat Melayu dan islam selama ini. Demi kelangsungan politik sempit dan dendam Pas kepada UMNO selama ini.

Banyak bukti Pas parti assobiyah yang sentiasa membela kaumnya yang berbuat kemungkiran demi kelansungan politiknya berlandaskan nama Islam itu sendiri.

Wednesday, May 23, 2012

PAS - NIK AZIZ DAH MENGAKU MELAYU KE?

Nik Aziz nak pertahan MELAYU??


Nak tergelak pulak aku baca kenyataan orang tua ini!! Ini dah ASSOBIYAH Nik ooiiii!!  

Bukankah selama ini kau tempek sana sini kau tak suka MELAYU, kau buang MELAYU, kau bukan MELAYU, kau tak ngaku MELAYU, kau kata haram mengaku MELAYU, kau kata mengaku MELAYU tu assobiyah!!... 

Kalau kau buat kenyataan "UMNO PERTAHAN MELAYU" itu masuk akal sebab memang UMNO parti Melayu, tapi kalau kau buat kenyataan "PAS PERTAHAN MELAYU", ini sudah tak masuk akal, sudah berlawan dengan sikap anti-assobiyah kau wahai Nik yang bijaksana!  

Apa nanti kata penyokong CINA dan INDIA kau yang bukan Islam yang selama ni dah syok dan selesa dengan sikap anti-assobiyah dan anti-Melayu kau?

Tak takutkah nanti Cina-Cina dan India-India ini lari meninggalkan PAS? Melayu memang dah lari pun, termasuk aku. Apa nanti kata LIM KIT SIANG yang dah istihar mana-mana Melayu yang masih mengaku Melayu adalah RASIS?

Tak percaya tanya Kit Siang, dia tuduh Muhyiddin Yassin RASIS/PERKAUMAN sebab Muhyiddin kata "Aku Melayu!".. Kenapa buat kenyataan ini wahai Nik yang bijaksana?

Dah PANIK kah sebab orang Melayu sudah lari berbondong-bondong meninggalkan PAS? Atau Harian Sinar salah buat laporan?

Friday, February 24, 2012

PAS - PUNYAI RAMAI PARASIT

Antara Parasit2 Dan Pelesit2 Didalam PAS Kini Sedang Tepis Menepis

Kononnya Husam Musa lah Naib Presiden Pas, yang dikatakan parasit yang sebenar..boleh caya ke? Ini kerana hanya Husam Sahaja ahli didalam Pas yang masih membisu ekoran kenyataan Anwar Ibrahim Ketua Umum Pembangkang yang bertegas tidak akan berganjak dari sokongannya terhadap keselamatan negara Israel. Husam terus menutup mulut ker...ana bimbang kenyataannya akan menyinggung Anwar dan pada masa yang sama takut kehilangan sokongan daripada penyokong Pas.

Umum sudah mengetahui bahawa beliau adalah penyokong setia Pas - golongan Anwarinas @ Erdogen - bagi golongan ini apa yang dilakukan oleh Anwar wajib disokong kerana mahukan kuasa biarpun bertentangan dengan Islam..!! Beranikah Husam untuk menyuarakan pendiriannya terhadap menyokong Anwar? yang membawa erti menyokong Israel, ataupun menentang Anwar bererti menentang musuh utama Islam?

Apa yang dikatakan 'tepis menepis didalam Pas' - sesama mereka menepis segala najis yang terpalit sesama mereka akibat percaturan politik kotor yang rakus kerana inginkan kuasa. Dalam pada itu ingin menutup kelemahan mereka (PAS) dalam mentadbir negeri khususnya di Kelantan. Sebagai satu contoh yang teramat dangkal untuk kita semua terima..iaitu alasan 'lapik liang' Nik Aziz, Nik Abduh telah mendedahkan, selama ini Husam adalah penasihat setia kepada Nik Aziz.

Husam telah memberi nasihat yang salah sehingga menyebabkan pentadbiran Pas Kelantan goyah..kalaulah ini andaian yang perlu ditepis oleh Nik Abduh untuk membersihkan nama Nik Aziz, maka jawabnya sendirilah mahu fikir.. 'jelaslah pada kita Nik Aziz sememangnya bengap dalam mentadbir kerajaan Pas Kelantan dan dalam masa yang sama Nik Aziz sengaja diangkat menjadi boneka didalam PAS.

wooiii..Aku nak nasihat kepada puak-puak Pas jangan lah bila dah terantuk baru nak tengadah, janganlah goyah apabila kelicikan yang kalian lakukan sudah jelas dimata umum.. takut hilang pengaruh ke? untuk mendapat kembali sokongan yang kukuh kembalilah kepangkal jalan. Jangan di tinggalkan peribahasa Melayu yang mengatakan 'KALAU SESAT JALAN, KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN'.. sedarlah kerakusan kuasa yang diidamkan akan mengundang padah, kalau ianya digunakan dengan taktik kotor..

Psssstt..Pas duduk dikandang sendiri rasa tak puas hati, duduk dikandang Umno amat dibenci..duduk dikandang DAPigs terlalu "SUKO" abih tu.. ambo nok kato guano..!!
Related Posts with Thumbnails