Sila Klik Iklan Ini..

Thursday, July 15, 2010

KERAJAAN SELANGOR AMAL POLITIK KETERLALUAN

Kerajaan Negeri Selangor diminta menghentikan amalan politik keterlaluan terutama dengan Kerajaan Pusat sehingga menjejaskan kepentingan rakyat.

Sambil merujuk kepada keengganan kerajaan negeri bekerjasama dalam pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sikap berkenaan adalah tidak wajar dan amat mengecewakan.

"Kita menerima hakikat bahawa antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat ada perbezaan politik tetapi ini tidak bermakna kerajaan Selangor mahu berpolitik sepanjang masa sehingga menjejaskan kehidupan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sohaimi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang berkata, rakyat Selangor sudah pasti kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang terus mengamalkan sikap berkonfrantasi dan prejudis terhadap semua usaha murni yang dirancang oleh kerajaan pusat kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada mereka.

"Sampai bilakah hendak bersikap demikian, kerajaan Selangor sepatutnya berjiwa besar untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam soal kebajikan rakyat bukannya berpolitik dalam semua perkara setiap masa," katanya.

Beliau berkata, projek loji tersebut adalah amat penting dan ia dilaksanakan berasaskan kepada perancangan teliti oleh Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat tanpa mengira sesebuah negeri itu diperintah pembangkang atau tidak.

'Oleh itu Kerajaan negeri Selangor sepatutnya bekerjasama dan bukannya memberikan seribu satu alasan dan bersikap negatif sehingga dilihat mahu menghalang projek yang bertujuan untuk kebaikan rakyat tersebut," katanya.

Beliau berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri dalam pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang di Selangor seolah-olah tidak mahu berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat dan tidak mahu mengakui kelemahan dan kepincangan pentadbiran mereka.

Sebaliknya, kata Sohaimi apa sahaja yang berlaku di Selangor, kerajaan negeri akan menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat dan menganggap sesuatu pendedahan seperti isu kecurian pasir contohnya adalah konspirasi politik Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO sedangkan ia ialah isu rakyat dan pencemaran alam sekitar.

''Bagaimanapun kita yakin rakyat Selangor sekarang sudah bijak, mereka telah jelak dengan wayang dan sandiwara pakatan pembangkang di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, mereka tahu siapa yang betul dan salah dalam segala isu yang berlaku.

''Atas sebab itulah kita mahu kerajaan negeri tidak terus memperbodohkan rakyat bagi menutup kelemahan mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails